~ Segala yang Tertulis Dalam Blog Ini Adalah "Transparent Diary" & Hak Peribadi ~

~ Andai Kemewahan Dunia melalaikanku, ku lebih rela hidup kedaifan, tapi kaya dengan Rahmat dan CintaMU, Andai Kenikmatan Dunia menghanyutkanku, ku lebih rela hidup bersendirian, menjadi Hamba AbadiMU. Sesungguhnya nikmat dunia hanya sementara, kerana akhirnya kepadaMU juga kami kembali. Yang tinggal hanya jasad ditelan tanah bumi. Sebagai insan biasa mohon petunjuk pada Yang Maha Kuasa, Maha Pencipta Alam Semesta, agar sentiasa lurus iman dan aQidah ku, teguh agama dan peganganku ~FBK






Alhamdullilah....
sesungguhnya tidak ku menjangka sama sekali berkat dan rezeki yang Allah bagi. Bukan hanya ketenangan diri yang aku dapat, aku semakin mengenali diri sendiri, mengenali arah tuju diri dalam setiap apa yang ku lakukan. Hidup ini memang sukar untuk kita ramalkan kerana kita harus tawakal dengan Qada & Qadar tapi, andai itu yang didoakan InsyaAllah, Tuhan akan tunjukkan jalannya...

Setelah seminggu aku "muallaf" ilmu pengetahuan ku sememangnya masih terlalu cetek. Perjalanan ku masih terlalu jauh sekali. Tapi aku gembira bila Ustaz seringkali mengatakan "you good, can catch up fast and you can go far" dan aku hanya berkata Alhamdulillah, InsyaAllah and Amin yarabi'alamin. 3 perkataan itu tak pernah lekang dimulut ku tanda kesyukuran, pengharapan dan berterima kasih kepadaNYA.

Kini, tiada yang lebih mengembirakan aku bila restu Mama ku mengiringi perjalanan hidup baruku dalam aku mencari rohaniah dan hidayah diri. Aku merasa amat diberkati dengan restu dan dorongan Mama yang inginkan kebahagian anaknya. InsyaAllah, wish Allah sentiasa tunjukkan jalan. Kerana Allah Maha Pengasih dan Maha Mengetahui.

Semalam bila aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam Pengajian Islam di IDIP KB Kelantan selama 2thn 1/2. Tiada kata2 yang dapat aku ucapkan, hanya, Ya Allah ya Tuhanku, Amin, ya rabi'alamin..Alhamdullilah, walaupun aku terpaksa membatalkan study ke UM dan lupakan commitment kerja in business, kerana peluang bukan datang selalu dan tak ramai yang berpeluang untuk memilikinya......

Peluang ini tak mungkin aku sia2kan, InsyaAllah KepadaNYA kuserahkan semuanya agar perjalananku terus dipermudahkan olehNYA. Kepercayaan yang diberikan adalah satu tanggungjawab yang diamanahkan adalah satu cabaran baru dalam hidupku..InsyaAllah............
Minggu depan bermulalah perjalanan baru ku sebagai seorang full time siswi again.......
Ya Allah ya Tuhanku, bimbinganMu amatku perlukan dalam setiap langkah dan perbuatanku.. Amin yarabi'alamin..............