~ Segala yang Tertulis Dalam Blog Ini Adalah "Transparent Diary" & Hak Peribadi ~

~ Andai Kemewahan Dunia melalaikanku, ku lebih rela hidup kedaifan, tapi kaya dengan Rahmat dan CintaMU, Andai Kenikmatan Dunia menghanyutkanku, ku lebih rela hidup bersendirian, menjadi Hamba AbadiMU. Sesungguhnya nikmat dunia hanya sementara, kerana akhirnya kepadaMU juga kami kembali. Yang tinggal hanya jasad ditelan tanah bumi. Sebagai insan biasa mohon petunjuk pada Yang Maha Kuasa, Maha Pencipta Alam Semesta, agar sentiasa lurus iman dan aQidah ku, teguh agama dan peganganku ~FBK






Sebagai seorang muallaf yang masih baru lagi, dalam mencari keredahaaNYA, sememangnya pengetahuan ku dalam Pengajian Islam ini masih sedikit sekali. Tapi, oleh kerana cinta dan damainya hati untuk menjalani kehidupan baru ini, perasaan "ingin tahu" itu sentiasa ada. Dan sempena Menyambut Maulidur Rasul ini, aku telah membuat serba sedikit kajian apakah disebalik "Maulidur Rasul" ini untuk pengertian sendiri.

Bulan Febuary untuk tahun 2011Mashi ini mengikut Mazhab Syafi'i adalah Bulan Rabiul Awal 1432Hijrah dalam kalender Islam. Dan tarikh hari 12Rabiulawal ini jatuh pada 15 Feb 2011Masihi.
Menurut sumber, para2 Ulamak Sejarah Islam, pendapat pertama dari Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dari kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisyam mengatakan bahawa tarikh 12 Rabiulawal tahun gajah adalah hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Dan pendapat kedua dari para2 ulamak sejarah Islam iaitu Ibnu Hazam, Al-khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah berpendapat Rasulullah lahir pada 9Rabiulawal malam Isnin sebelum subuh tahun gajah dalam bulan Rabiulawal juga. Kenyataan itu juga disokong oleh Falak Moden, Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir. Walau bagaimanapun itu adalah pendapat individu mengikut pengkajian mereka.

Walaupun begitu, moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah S.A.W. Kajian2 lanjut itu mungkin boleh memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Para umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli2 sains yang lain, pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah disamping dapat menjadi rujukan dan panduan Saudara Baru seperti ku yang sentiasa ingin meluaskan ilmu pengetahuan dalam bidang Pengajian Islam. InsyaAllah...

Apa yang dapat ku perhatikan sambutan Maulidur Rasul bukan setakat bersifat ibadah, ia juga untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi kesedaran, perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, mengambil iktibar kisah suka duka perjuangan Baginda dan Para Sahabatnya. Semoga sifat2, akiQdah, saranan dan segala sunah2 Baginda dapat menjadi panduan agar terus terpimpin menjalani kehidupan sebagai seorang mukmin yang taat berteraskan rukun Islam. Baginda memang kaya dan penuh dengan sifat2 yang terpuji, seperti tabligh, amanah, fathonah dan siddiq.


InsyaAllah. Semoga Allah merahmati semua umat2 yang takut dan bertakwa kepadaNYA. Amin yarabi'alamin......