Aku dah tertinggal kuliah 1 month dan aku harus catch up fast in 4 months untuk 6 courses. Tiba2 aku rasa, masa aku betul2 tak cukup. Banyak sangat perkara baru yang harus aku pelajari. Ditambah harus menyesuaikan diri dari segi fizikal dan mental di sini, aku rasa macam nak "give up"! GIVE UP? Ya Tuhan, aku baru jer bermula, KAU pimpinlah perjalanan hambamu sepanjang pengajianku di sini. KAU tabahkan lah hatiku agar menerima semua "keserdahanaan" di sini dengan penuh keredhaan. Bila aku ingatkan kembali, dengan segala kelengkapan, kemudahan dan kemewahan yang ada di luar sana, membuat aku terdiam seketia. Aku pernah memiliki "segala-galanya" Tapi segala-galanya itu juga membuat aku sedar "kekurangan dan kekosongan diri". Dan kini aku umpama musafir yang sedang merangkak ditanah pasir yang gersang demi memenuhi diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan rohaniah untuk melengkapi diri didunia dan akhirat. InsyaAllah..Amin yarabi'alamin.....