~ Segala yang Tertulis Dalam Blog Ini Adalah "Transparent Diary" & Hak Peribadi ~

~ Andai Kemewahan Dunia melalaikanku, ku lebih rela hidup kedaifan, tapi kaya dengan Rahmat dan CintaMU, Andai Kenikmatan Dunia menghanyutkanku, ku lebih rela hidup bersendirian, menjadi Hamba AbadiMU. Sesungguhnya nikmat dunia hanya sementara, kerana akhirnya kepadaMU juga kami kembali. Yang tinggal hanya jasad ditelan tanah bumi. Sebagai insan biasa mohon petunjuk pada Yang Maha Kuasa, Maha Pencipta Alam Semesta, agar sentiasa lurus iman dan aQidah ku, teguh agama dan peganganku ~FBK






30 DEC 2010 : Aku telah mendaftar di PERKIM Melaka untuk menghadiri Religion Class dengan ditemani salah seorang sis twin ku. Aku dapat rasakan tenang jer hari ini. Aku ingatkan sepanjang proses pendaftaran dan pertanyaan berkenan hal2 tersebut akan membuat hati aku gundah gulana, resah dan takut, lebih2 lagi aku hanya dress-up casual with jeans tapi semua nya berjalan dengan lancar tak lah serumit yang aku sangkakan..Syukurlah......
-Positive Spirit to closing year of 2010 and yet Positive Spirit to starting year of 2011-

Bermulanya minggu depan aku akan masuk Religion Class pada setiap 10am-12noon, Selasa dan Khamis. Aku rasa betul2 excited lebih2 lagi most of de student is foreigner came from Jepun dan Korea. Pada awalnya aku minta, ajaran asas. Biar belajar dari ( 0-Zero ) dahulu. Bak kata peribahasa orang, biar lambat asal selamat dan sikit2 lama2 jadi bukit. God is Willing, moga semua nya berjalan dengan lancar. Apa yang penting adalah mempersiapkan diri dari segi emosi dan mentally untuk menerima perkara baru dalam hidup dengan kerelaan dan keikhlasan diri. Dan juga tiada siapa yang berhak mempersoalkan WHY bila kematangan dan rasional diri menguasai dalam menentukan apa jua keputusan. Semua itu diantara rohaniah diri sendiri dengan Tuhan.

Tetapi, apa yang aku lakukan ini, belum mendapat persetujuan dari Mama ku. Bukan bermaksud dia tidak membenarkan, tetapi aku belum lagi berpeluang untuk memberitahu dan menjelaskan kepadanya. Dan bukan juga bermaksudku, untuk mebelakangkannya bila terpaksa merahsiakan perkara ini dari dia. Aku cuma perlu masa dan waktu yang tepat untuk aku menjelaskannya. Biarlah aku isi serba sedikit kekurangan diri, sekurang-kurangnya itu semua boleh kujadikan kenyataan dan panduan untuk aku mengkukuhkan lagi niatku. Tapi aku percaya, Mama adalah seorang Ibu yang cukup memahami anak2nya. Dia menghormati apa jua keputusan anaknya andai jalan itu boleh membahagiakan anaknya, dia akan menjadi orang yang pertama yang memberi dorongan dan kata2 nasihat dan semangat. Tambahan pulak ketiga2 adik ku tidak membantah niatku. Sesungguhnya tiada Insan lain yang lebih memahami kita tanpa menghakimi kita melainkan adik-beradik dan Ibu sendiri dan kali ini lah aku membuat keputusan diri sendiri tanpa dipengaruhi orang lain. GOD IS WILLING. AMEN!

~ setiap kali hati ini teruji dengan perlbagai dugaan duniawi, lagu inilah yang menjadi kekuatan diri dan ternyata lagu ini memberi suntikan dalaman semangat yang cukup kuat dalam diri yang aku sendiri juga tidak dapat menghuraikannya dengan kata-kata...
"InshaAllah by Maher Zain"
Suatu saat hati ku berdetik untuk mempelajari Ilmu agama Islam. Pada dasarnya, pengetahuan ku terhadap agamaku tidak lah secetek mana sebelum ini. Kerana aku dilahirkan dari keluarga Kristian. Setiap ajaran dan nilai-nilai murni yang diajar dalam keluarga dan yang tertulis dalam Bible aku terapkan dikehidupan harianku. Aku dapat rasakan hidupku diberkati dengan kepercayaan yang sudah cukup sebati dalam hidup aku sejak dari kecil lagi. Dari dulu lagi, setiap kali kehidupan duniawiku teruji, kepada Tuhan lah aku berdoa untuk ku memohon ketenangan, keberkatan, pengampunan diri selain percaya dan menyembah DIA.

Hanya, ada suatu ketika aku telah mendengar lagu "Maher Zain - For The Rest of My Life" diawal June 2010 yang lalu dan hati kecil ku berkata "indah nya lagu ini, ingin sekali aku dicintai dan menyintai sebegini dan menjalani hidup begini" Entahlah...yang pasti terdetik dihati untuk aku mengenali dan mempelajarinya sedikit demi sedikit, dan membuat aku semakin hari semakin tertarik untuk terus mendalami "more and more".

Aku tak dapat nak uraikan dengan kata-kata tapi yang pasti "ketenangan diri" menguasai diri aku. Adakah selama ini hidup aku tak tenang? Sedangkan aku memiliki sebuah keluarga dan kawan-kawan yang penyayang yang sentiasa mengasihi aku dan ada setiap kali aku memerlukan mereka di sisi. Aku tak pernah merasakan kasih sayang mereka kurang untukku. Aku cuba merungkai setiap persoalan yang bermain difikiran ku. Apa, kenapa, dan bila semua kesedaran ini terjadi. Ternyata hanya Tuhan yang lebih mengerti segala yang tersirat dan hanya hati yang dapat merasa dan tak terucap dengan kata-kata. Adalah tidak adil untukku memperbandingkan dan mempersoalkan kepercayaan yang telah sebati dengan hidup dan diriku sejak dari kecil lagi. kesimpulannya, semua itu "rohaniah" antara aku dengan Tuhan. Hanya Tuhan yang layak menghakimi kerana Tuhan Maha Mengetahui.

Dan kini, di sini lah aku bermula walaupunku tahu ramai pihakku yang kecewa dengan keputusan ini, tapi ini adalah kata hati dengan pemikiran yang rasional dan waras untuk rohaniah diri sendiri, aku telah memutuskan dan menentukan APA YANG KU CARI


"PELAJARILAH ILMU, mempelajarinya, kerana Allah adalah Khasyah, menuntutnya adalah Ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah Jihad, mengajarkannya kpd Orang yang Tidak Mengetahui adalah Shodaqoh, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarub."

Begitu daif dan kerdilnya aku, tapi inilah tuntutan yang harus aku dalami dan pelajari untuk mengisi segala kekurangan dan ini lah lagu yang membawa dan mendorong aku ke jalan ini kerana telah membuat Islam itu indah dan damai dimataku. God is Willing. AMEN