~ Segala yang Tertulis Dalam Blog Ini Adalah "Transparent Diary" & Hak Peribadi ~

~ Andai Kemewahan Dunia melalaikanku, ku lebih rela hidup kedaifan, tapi kaya dengan Rahmat dan CintaMU, Andai Kenikmatan Dunia menghanyutkanku, ku lebih rela hidup bersendirian, menjadi Hamba AbadiMU. Sesungguhnya nikmat dunia hanya sementara, kerana akhirnya kepadaMU juga kami kembali. Yang tinggal hanya jasad ditelan tanah bumi. Sebagai insan biasa mohon petunjuk pada Yang Maha Kuasa, Maha Pencipta Alam Semesta, agar sentiasa lurus iman dan aQidah ku, teguh agama dan peganganku ~FBK






04:01:11 ~ Hari pertama ku menghadiri Religion Class. Apa yang boleh aku katakan "aku suka dan menerima" dengan apa yang aku pelajari.


Dan pada tarikh yang sama juga 04:01:11-Noon, hanya dengan sekali lafas Kalimah Syahadah, maka sah lah aku seorang Islam. Alhamdulillah. Aku tak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan airmata dan mengucap syukur sambil disaksikan oleh Ustaz2 PERKIM. Aku dapat rasakan betapa tenangnya aku dengan apa yang baru saja aku lakukan. Aku rasa seperti new baby born, feel pure and free from any sin. InsyaAllah, aku akan cuba pastikan diriku terus terpimpin. InsyaAllah. AMEN

Sebelum itu, aku minta restu dari orang2 yang tersayang dan terdekat dengan ku. Terima kasih yang tak terkata buat sahabat baik ku De'Lurve Angelyn yang sentiasa mengetahui, memahami dan memberi dorongan tanpa mengadili dan menerima seadanya siapa aku. Dia sentiasa ada disisi untukku. Tuhan terus merahmati hidupmu teman ku. Dan aku sempat menghubungi abang long(Bro Zack) dan adik2 ku, Alhamdullilah, semuanya OK, walaupun hanya Mama seorang yang tidak menyetujui dan membantah niatku apa awal nya, tapi akhir nya dia terpaksa akur walau ku tahu tanpa rela. Aku faham perasan Mama, dia menganggap bahawa aku akan terpisah terus dari keluarga. Aku akan terus keseorangan dengan "dunia yang baru". Tidak mak, walau apa pun yang berlaku aku tetap anak mak, cuma pegangan kita tak sama seperti dulu. Aku tetap anak Bapa, aku Bukan Melayu tapi aku tetap anak Iban yang beragama Islam mak. Tak akan sama sekali aku menjauhkan diri, janganlah menjauhkan diri dan memulaukan aku, sayangilah aku seperti sebelumnya, dan aku tetap menyayangi kalian semua walauapapun yang terjadi dan aku tetap perlukan dorongan, dan kasih sayang kalian semua. Kerana hanya kalian lah harta yang paling berharga yang aku miliki di dunia ini, dan aku tetap "Ndun" yang dulu cuma "pegangan dan agama" kita saja yang berbeza.

Aku pasti suatu saat Mama pasti jua mengerti mungkin inilah ketenangan yang sebati dengan diri aku dan ini lah diriku yang aku cari selama ini. Kerana kita harus sedar dengan setiap apa yang berlaku, Tuhan mesti ada rencanaNya tersendiri.

Memang susah untuk dimengertikan bagi yang tidak memberi diri ruang dan waktu untuk memahaminya, dan memang sukar untuk aku menjelaskannya kerana ini antara rohaniah diriku sendiri dengan Tuhan. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Walaupun aku terpaksa berhadapan dengan pelbagai andaian dan penerimaan masyarakat diluar sana, tapi tak apa, kerana itu sememangnya dah tradisi sikap manusia duniawi yang suka mengadili tanpa menyelami apa dan kenapa semua itu terjadi. Mengadili dengan memberi sebarang pandangan dan tangapan yang buruk terhadap Niat Baik orang lain bukankah itu Salah dan Berdosa di mata Tuhan? Kerana Tuhan yang layak menghakimi. Agama mengajar semua umatNya saling mengasihi dan saling menghormati tidak mengira, siapapun kita.
Teruskanlah dan Biarlah..................