~ Segala yang Tertulis Dalam Blog Ini Adalah "Transparent Diary" & Hak Peribadi ~

~ Andai Kemewahan Dunia melalaikanku, ku lebih rela hidup kedaifan, tapi kaya dengan Rahmat dan CintaMU, Andai Kenikmatan Dunia menghanyutkanku, ku lebih rela hidup bersendirian, menjadi Hamba AbadiMU. Sesungguhnya nikmat dunia hanya sementara, kerana akhirnya kepadaMU juga kami kembali. Yang tinggal hanya jasad ditelan tanah bumi. Sebagai insan biasa mohon petunjuk pada Yang Maha Kuasa, Maha Pencipta Alam Semesta, agar sentiasa lurus iman dan aQidah ku, teguh agama dan peganganku ~FBK






SINOPSIS

Mia menjalani kehidupan yang ceria yang penuh dengan perasaan kasih dan sayang seperti gadis lain tetapi berakhir dengan kegelapan tika malam menjelma. Setiap titisan darah yang mengalir adalah satu kesilapan yang amat menyenangkan nya. Itulah kepuasan yang boleh membuatkan matanya terpejam lena dan dibuai mimpi-mimpi indah. Dengan dianugerahkan keistimewaan azali yang dia miliki, memudahkan lagi untuknya mengakhiri malam seseorang lelaki hanya bernoktahkan Mawar Putih Berdarah. Tapi hadirnya Iss yang tak di duga itu telah memaksa dirinya berdepan dengan dilemma diantara kehendak dan keperluan, sedangkan itulah satu-satunya titisan darah terakhir yang dia cari sepanjang kehidupannya sebelum dia mengakhiri semuanya dengan rela……..

( 1 )

Pisau lipat yang berlumuran darah masih berendam disingki dapur. Aku sengaja biarkan air paip mengalir mencurah keluar dan darah yang masih terlekat dipisau lipat ku telah menyebabkan air berwarna merah. Apa yang telah aku lakukan adalah satu kesilapan yang cukup menyenangkan. Aku tak boleh berpatah balik, kerana apa yang terjadi hari ini adalah tuntutan apa yang telah berlaku dimasa silam ku. Aku tak terfikir untuk mengakhiri semua ini. Yang pasti kesempurnaan yang ada padaku mampu membuat mereka tersungkur melutut dan merayu menagih cinta dariku. Mengakhiri malam ku dengan setitis titisan darah insan yang bergelar lelaki adalah menjadi satu kegilaan ku. Aku sandarkan badanku ke dinding sambil memejamkan mata dan menghela nafas panjang tanda betapa puasnya hati aku.

Seketika kenangan lalu mengganggu pemikiran ku. Betapa sakit dan peritnya kehidupan itu. Sesungguhnya kehidupan itu seperti hidup di dalam sangkar emas yang dikelilingi bara api. Mengingati segala seksaan fizikal dan mental yang telah aku lalui membuat airmata menitis tanpa ku sedari. Satu persatu kenangan lalu terbayang-bayang dan berlegar-legar diminda ku dan membuatkan minda ku letih dan pedih sehingga tak mampu untuk mengingatinya lagi.

( 2 )

Aku terbangun dari tidur. Aku tak sedar bahawa jam sudah menunjukkan 3:30am. Rupa-rupanya aku terlena di sofa ruang tamu …………….*bersambung*