
Dan kini, itu membebankan sehingga suatu saat "keindahan" itu telah ditemui tapi terpaksa pasrah dan mengalah demi memenuhi hasrat dan kehendak orang lain dan akhirnya diri sendiri juga terpaksa memendam rasa. Ya Allah ya Tuhanku, sukarnya untuk memiliki sesuatu yang layak untuk dimiliki. Aku juga insan biasa seperti orang lain. Kenapa mesti hidup duniawi ini harus teruji dengan hanya memandang yang kesempurnaannya sahaja? Hina kah salah kah setiap kekurangan diri yang dimiliki? Dimanakah nilai simpati, hormat, dan kasih sayang sesama insaniah? Mengapa perlu ada nya pengadilan duniawi sedangkan hanya KAU yang layak mengadili dan menghakimi dengan setiap apa yang terjadi.
Memang sukar untuk diyakinkan dan mereka juga tidak boleh disalahkan kerana itu fitrah manusia duniawi yang selalu menghakimi tanpa cuba merungkai dan menyelami dengan setiap apa yang terjadi. Andai ini adalah hukuman yang harus dibayar atas semua kesilapan lalu, ampunilah hambaMU ini ya Allah ya Tuhan ku, berikan lah petunjukMU. Sesungguhnya aku adalah manusia duniawi yang tidak terlepas dari kesilapan, kecil mahupun besar kesilapan itu. Aku hanya insan biasa.
Ya Allah ya Tuhan ku, hanya kepadamu ku berserah dan mohon petunjuk, andai inilah jalan hidupku yang telah KAU takdirkan dan tuliskan jalan ceritanya, tabahkanlah hati ku, berikanlah ketenangan dan rahmat yang berlimpahan ke atas ku. Sesungguhnya aku teruji dengan dugaan duniawi ini, walau hanya doa dan airmata yang mampu ku lakukan kerana aku tiada punya apa2, tapi melalui jalan MU aku beroleh rohaniah diri dan ketenangan. Dan melalui MU juga kutemui dan kenali diri Siapa Aku. Walau hanya baru seketika diri ini datang kepada MU, seolah diri ini terlalu dekat dengan MU, kerana hanya KAU yang Maha Mengetahui.
Ya Allah ya Tuhan ku, betapa kerdil dan daifnya aku dalam menuju kearah MU, pimpinlah aku agar terus terpimpin menjalani kehidupan duniawi ini melalui MU. Amin ya rabi'alamin...