~ Segala yang Tertulis Dalam Blog Ini Adalah "Transparent Diary" & Hak Peribadi ~

~ Andai Kemewahan Dunia melalaikanku, ku lebih rela hidup kedaifan, tapi kaya dengan Rahmat dan CintaMU, Andai Kenikmatan Dunia menghanyutkanku, ku lebih rela hidup bersendirian, menjadi Hamba AbadiMU. Sesungguhnya nikmat dunia hanya sementara, kerana akhirnya kepadaMU juga kami kembali. Yang tinggal hanya jasad ditelan tanah bumi. Sebagai insan biasa mohon petunjuk pada Yang Maha Kuasa, Maha Pencipta Alam Semesta, agar sentiasa lurus iman dan aQidah ku, teguh agama dan peganganku ~FBK






Ya Allah ya Tuhanku, sedih dan insafnya aku mendengar apa yang ada dalam youtube ini. Membuat air mata aku mengalir keinsafan, dan betapa aku rindu pada Ibu dan Ayah ku. Ingin sekali saat ini ku datang kepada mereka mencium, memeluk mereka dan memohon ampun di atas segala dosa dan kesilapan ku dari kecil hingga kini....
...hukkhukkhukk, wawawawaaa..sobb..sobb..sobbb

Apakan daya Ayah ku telah tiada disaat aku dan adik2 ku masih perlukan kasih sayang seorang ayah seperti orang lain. Kerana ayah lah seorang lelaki dan insan yang paling mulia yang pernah aku miliki. :-( Ayah yang tidak pernah mengatakan TIDAK disetiap kali kami memerlukan dan meminta sesuatu. Walau sesukar mana perkara itu, demi kasih sayang ayah tetap penuhi setiap kekurangan yang ingin dilengkapi demi anak2 dengan penuh keserdahanaan. Dan ayah juga TIDAK PERNAH sekali meninggikan suara apatah lagi datang tangan buat kami adik beradik. Dia lah Ayah, dia lah sahabat dialah kawan. Ya Allah ya Tuhanku betapa aku merindukan Ayah ku, ingin sekali ku beri segala kesenangan untuk membalas tulang keringat dan kasih sayang ayah. Ya Allah ya Tuhanku, KAU cucurilah rahmat keatas roh ayahku dan tempatkanlah dia digolongan orang2 yang beriman. Amin yarabi'alamin

Ibu, oh ibu, ratu hati ku. Ibu yang tidak pernah putus asa dalam hidup demi kehidupan diri sendiri dan anak2, walau pelbagai dugaan dan rintangan Ibu lah insan yang paling tabah, kuat dan sabar didunia ini. Oh Ibuku ampunilah segala dosaku wahai ibu ku, redhakan akan diri ku. Akulah anakmu yang paling degil yang sering kali membuatmu terguris dan terluka. Anakmu ini yang banyak membuat hatimu sedih walaupun seringkali anakmu ini yang menjadi mangsa keadaan dan terluka tapi Ibu jugalah yang terkesan dan turut terluka. :-( Oh Ibu maafkan aku kerana aku belum lagi memberimu kesenangan seperti anak2 orang lain. Ya Allah ya Tuhanku, KAU limpahilah berkat, rahmat dan murahkan lah rezeki ku dalam apa juga agar Ibu ku juga turut merasakannya. :'( Oh Ibu aku rindu pada Ibuku, Mamaku. Redhakan dan restui lah perjalanan hidup baruku dalam Islam. Oh Ibu tercinta, aku akan terus berdoa, kesejahteraanmu, moga dilindungi dari segala musibah di dunia maupun di akhirat, dan aku berdoa moga ini lah permulaan hidupku yang akan memberi mu tersenyum suatu hari nanti dan doa Ibu ku perlukan agar aku terus menjadi insan yang baik dan akan menjadi yang lebih baik dari sebelumnya dimasa akan datang. InsyaAllah. Amin yarabi'alamin. Oh Ibu dan Ayah ku..huhuhu..hukhukhukhukkkk.... Maafkan, ampuni dan redhakan lah segala dosa dan kesilapan dan perjalanan anakmu.... :-(